PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA
ETNIK DI MALAYSIA
PENGENALAN
>Etnik bermaksud sesuatu yang berkenan bangsa manusia. Berikut adalah komponen dalam IPNas yang berkaitan dengan etnik adalah Konstruk Tahap Keetnikan iaitu mempunyai 3 komponen seperti keetnikan kemodenan dan kestabilan. Kedua, Konstruk Batas Etnik iaitu mempunyai 4 Komponen seperti material, status, tuntutan sosial dan tindakan gantian. Ketiga, Konstruk Hubungan Sosial Rentas Etnik iaitu mempunyai 3 komponen seperti hubungan etnik antara individu, hubungan etnik dalam komuniti dan tahap keaktifan penyertaan dalam institusi.
>CABARAN-CABARAN DALAM MENYATUPADUKAN ETNIK DI MALAYSIA
Di sebalik kejayaan negara kita dalam membentuk dan mengeratkan hubungan dan hubungan yang baik dikalangan etnik yang menjadi rakyat Malaysia, masih terdapat sedikit kepincangan dalam pembentukan dan pemeliharaan hubungan ini. Terdapat beberapa faktor yang menimbulkan konflik dan ancaman dalam masyarakat kita.
1) Faktor yang pertama ialah perbezaan unsur budaya. Perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat ini sememangnya tidak dapatdielakan kerana setiap kaum mempunyai kebudayaan mereka sendiri yang menjadi identiti mereka.
2)Faktor kedua ialah dari segi jarak sosial yang wujud akibat kurang interaksi. Faktor ini timbul akibat kekangan bahasa yang membataskan interaksi bangsa yang berlainan bahasa. Ini wujud bukan sahaja kerana tidak memahami bahasa lain.
3)Faktor ketiga ialah perbezaan tempat tinggal dan pekerjaan juga telah mengakibatkan kurang interaksi antara kaum. Ini berlaku apabila tempat tinggal dan pekerjaan adalah mengikut kaum dimana percaya atau tidak perkara ini masih wujud.
4)Faktor keempat ialah wujudnya, kekeliruan dan kesamaran tentang sesuatu isu dalam negara. Ini boleh menimbulkan salah faham jika kerajaan tidak mengambil langkah segera untuk menerangkan sesuatu isu. Ini bagi mengelakan pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang ini untuk mencemari minda dan pemikiran rakyat masyarakat.
5)Faktor kelima ialah keengganan membuka dunia sosial kepada masyarakat lain. Mereka merasakan identiti bangsa mereka akan tercemar jika memberi ruang kepada kaum lain dalam budaya mereka.
>KEJAYAAN MALAYSIA SEBAGAI MASYARAKAT MAJMUK
1) Kejayaan atlet negara meraih pingat dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dan sokongan rakyat pelbagai kaum terhadap pasukan kebangsaan adalah bukti perpaduan di negara ini masih utuh. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, berkata sukan berupaya memecah tradisi atau penguasaan kaum serta etnik tertentu, selain mencetus semangat patriotik.
2) Malaysia perlu dikenali bukan hanya makmur dari segi ekonomi dan pembangunan, malah menjadi negara beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya, sekali gus dapat bersama dalam suasana aman serta hamoni.
3) Pendekatan integrasi menjadi tunjang agenda perpaduan negara membolehkan masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup bersama-sama dalam suasana harmoni di samping mengekalkan identiti dan ciri bangsa masing-masing.
4) Perpaduan nasional menjadi misi penting bagi negara. Ia merupakan kerangka bersifat komprehensif yang akan mampu menterjemahkan sebaik mungkin wajah kerencaman masyarakat majmuk Malaysia. Keadilan, penerimaan dan toleransi menjadi nilai asas kepada kerangka perpaduan nasional ini. Nilai itu digarap dengan menjadikan Islam sebagai kayu ukur utama mendukung agenda perpaduan nasional dalam konteks Malaysia. Selain itu, ciri agama bersifat sejagat sebenarnya amat penting dalam memastikan umat Islam kekal menerajui usaha baik ini.
5) Kewujudan kesedaran dalam masyarakat usaha membina peradaban dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, seharusnya bertunjangkan persefahaman, tolak ansur dan rasa hormat-menghormati.
>USAHA USAHA DALAM MEMBENTUK KESEPADUAN DI MALAYSIA
1) Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya
Keterangan : Setiap orang tidak akan dipaksa untuk menganuti agama yang dipilih sebaliknya mereka bebas untuk memilih agama yang dikehendaki.
2)Setiap orang haruslah menghormati hak agama masing-masing
Keterangan : Mengelakkan pergaduhan atau perselisihan faham yang akan timbul apabila sesuatu individu yang menghina agama lain.
3) Masayarakat haruslah menjaga dan mempertahankan agama masing-masing yang telah diwarisi
Keterangan : Mengelakkan agama daripada lesap pada masa yang akan datang supaya generasi depan masih menganuti agama masing-masing.
4) Pihak swasta mestilah memenuhi peranannya iaitu memberi dan menyalurkan maklumat yang betul tentang isu-isu sensitif.
Keterangan : Peranan ini dapat megelakkan dan membendung konflik antara parti-parti yang akan merebak terhadap masyarakat.
5) Masyarakat haruslah berkenalan dan memahami antara satu sama lain untuk mengelakkan isu etnik yang lain.
Keterangan : Masyarakat haruslah mempunyai pengetahuan agamai lain supaya tidak melakukan perkara yang dilarang oleh sesuatu agama. Ini akan menimbulkan isu-isu etnik.
6) Para parti-parti politik juga haruslah memastikan perpaduan antara satu sama lain untuk mengelakkan daripada mengugat isu etnik
Keterangan : Peranan ini memastikan masyarakat bersatu tidak kira etnisiti dan menguatkan pemahaman antara satu sama lain.
Comments
Post a Comment